My Pages

Sunday 28 December 2014

CAMP SITE DI CAMERON HIGHLAND


Bahasa | English


CAMPING DI CAMERON HIGHLAND
OCT 2014

Bila kata nak camping atau berkhemah, mesti orang akan beranggapan berkhemah di tempat yang berhampiran dengan pantai, air terjun atau dalam hutan. 

Tetapi kali ini, suami saya ajak pergi berkhemah di suatu tempat di Cameron Highland. Pelik jugak sebab Cameron Highland yang terkenal dengan tempat cuaca sejuk, ada ke tempat untuk berkhemah kan?? Jom saya bawa anda ke sana...


SUNGAI PAUH CAMP SITE DI PEJABAT HUTAN CAMERON HIGHLAND

Inilah dia tempat perkhemahan di Cameron Highland yang suami saya maksudkan & ternyata tidak ramai yang tahu tentang tempat ini. Mungkin hanya sekolah-sekolah atau kumpulan-kumpulan yang selalu berkhemah sahaja yang tahu tentang tempat ini. 



Ini merupakan tapak perkhemahan di bawah jagaan Kementerian Perhutanan Cameron Highland & Raub. Tapak khemah ini terletak di Brinchang, Jalan Pejabat Hutan, di dalam kawasan Pejabat Hutan itu sendiri. Mungkin orang awam tidak nampak tempat ini kerana ia nya terletak di belakang Pejabat Hutan. Maka, anda perlu masuk ke dalam kawasan Pejabat Hutan ini. Tapak perkhemahan ini berhampiran dengan sungai pauh. 

Tapak perkhemahan ini telah menyediakan bilik air, surau serta plug elektrik bagi sesiapa yang ingin memasak dan sebagainya. Kami hanya perlu membayar sewa tapak perkhemahan serta bayaran masuk setiap kepala seperti berikut:

RM3 seorang (sekali bayar sahaja)
RM10/20 untuk tapak, air & elektrik (setiap satu malam menginap
mengikut jumlah ahli per khemah)










Tapak perkhemahan di sini telah menyediakan tapak-tapak yang bersesuaian untuk memasang khemah. Tapak khemah ini mempunyai peringkat atas dan peringkat bawah. Tapak perkhemahan peringkat atas mempunyai tapak bersimen manakala peringkat bawah pula berpasir. 

Di sini, terdapat juga sebatang sungai dengan air yang sangat jernih. Kami dimaklumkan oleh renjer di sini bahawa air sungai ini boleh digunakan untuk masak tetapi kena pastikan air tersebut dimasak dahulu sebelum di minum.



Tentang keselamatan pula, memang tak perlu dirisaukan kerana kawasan ini sentiasa di pantau oleh renjer-renjer hutang yang bertugas dan terdapat juga rumah penginapan renjer berhampiran tapak ini. Pada waktu malam, ada lampu yang akan dipasang di keliling tempat perkhemahan kami. 





Cuaca di Cameron Highland sememangnya sejuk & tambah pula dengan hujan yang kerap kerana di atas bukit membuatkan suasana bertambah sejuk. Jam 6 petang ke atas sahaja akan mula rasa dingin, so di sarankan supaya mandi sebelum jam 6 petang. Suhu waktu malam boleh mencecah serendah 17c & waktu siang setinggi 21c. 

Barang-barang yang wajib ada sekiranya anda tidak tahan dengan cuaca sejuk:
1) Stokin 2-3 helai & tebal
2) Baju tebal / sweater tebal
3) Selimut 2-3 helai & tebal
4) Toto / sleeping bag

Selain daripada itu, kami dimaklumkan oleh renjer hutan di sini bahawa boleh membuat jungle trekking ke puncak bukit.

Apa lagi, kami pun mencuba. Sememangnya laluan tersebut amat mencabar kerana terdapat banyak denai yang tidak tahu ke mana tuju nya. Kebetulan semasa perjalanan kami berselisih dengan pasangan cina tua yang baru turun dari atas & atas nasihat mereka lah kami dapat sampai di atas. 

Takut sesat? Jangan risau kerana anda tidak akan sesat. Setiap laluan trek ini ada penghujung nya tetapi cuma kita tidak tahu sahaja penghujung haluan itu akan berakhir di mana, dalam sekitar Cameron juga. Anda tidak akan hilang di dalam hutan ini, insyallah.  





Alhamdulillah kami selamat naik & selamat turun. Perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke puncak gunung itu yang dipanggil 'Look Out Point' tetapi terdapat signboard yang menyatakan bahawa 'Look Out Point' ini telah pun dirobohkan. Walaubagaimanapun, kami tetap juga pergi untuk mengetahui sendiri. 

Kebanyakan orang yang melalui trek ini ialah orang eropah. Ada juga yang berpatah balik sebab mereka kata terlalu banyak cabang & mereka tak pasti laluan mana yang perlu mereka ikut. Tetapi ada juga yang menggunakan khidmat guide hutan yang telah disediakan oleh pihak Pejabat Hutan di sini.


Setelah sampai di puncak 'Watch Out Point'...



Selepas berehat sebentar & menikmati pemandangan Brinchang. Kami pun memulakan perjalanan turun bukit ini. Kami mengikut laluan yang berlainan daripada laluan kami naik ke atas ini. Ternyata laluan turun lagi mudah daripada laluan naik tadi. Walaubagaimanapun, tidak pula kami tahu mana tembusnya laluan ini. 

Alhamdulillah..laluan ini membawa kami pulang ke kawasan perkhemahan melalui pintu masuk Pejabat Hutan. Tak sangka, tidak sia-sia kami mencuba trekking ini bersama-sama dengan si kecil ini.


PASAR MALAM DI CAMERON HIGHLAND

Sementara saya & suami menanti kedatangan keluarga saya, kami pun pergi berjalan ke pasar malam di Brinchang untuk lihat apa yang ada di sana. 




Ok, di sini saya dapati harga barang jualan nya sedikit mahal daripada di Tanah Rata. Mungkin kerana Brinchang ini pekan yang kerap dikunjungi orang-orang luar dan juga orang tanah air sendiri. Tidak pula seperti di Tanah Rata, sama seperti pekan koboi, jam 9 ke atas pekan akan jadi senyap sunyi. 


PASAR PAGI DI CAMERON HIGHLAND

Bila berkhemah ini, kami buat BBQ dan untuk makan kami sekeluarga. Untuk pengetahuan anda, sayur-sayuran di sini sangat segar & murah. 

Tempat yang paling murah untuk beli sayur-sayuran adalah di pasar pagi di Brinchang. Terdapat pelbagai sayur-sayuran dan sayur-sayur yang anda tidak pernah jumpa pun ada. 




Kemudian, kami dimaklumkan oleh orang tempatan bahawa kalau nak beli ayam, beli lah di kedai PCK di Brinchang. Sememangnya sangat murah dan memang lebih murah daripada di Kuala Lumpur kerana PCK ini merupakan kedai supply ayam di Cameron Highland. 

Akan tetapi, sekiranya anda lebih suka akan kehidupan laut seperti ikan, sotong, udang dan sebagainya. Minta di lupakan dahulu untuk makan masakan tersebut di Cameron Highland kerana harga nya berlipat kali ganda. Yela, mana ada nelayan di Cameron Highland. Semuanya nak kena di bawa naik daripada bawah. Kalau nak jugak makan ikan, makan la sardin macam bapa saya ini hehee...



Selain daripada itu, buah-buahannya pun juga sangat sedap & manis. Cuba lah rasa Buah Cameron, sangat lah manis & sedap. 



OPAH STRAWBERRY FARM

Pada hari terakhir, kami teringin nak petik strawberi sendiri untuk di bawa balik sedikit sebagai buah tangan. 

Kami try ke Opah Strawberry yang terletak berdekatan dengan Pejabat Hutan, tapak perkhemahan kami. Walaupun sudah lewat petang, Opah Strawberi tetap juga menerima kunjungan kami sedangkan pengusaha strawberry yang lain ada yang sudah pun tutup. 

Yang best nye di sini, harga nya sangat murah & 'Opah' sangat mesra dengan pelanggan-pelanggan nya. Sehingga orang tempatan sendiri pun menyatakan begitu. 

Jom lihat hasil petikan strawberi kami...









PEKAN BRINCHANG

Di pekan ini terdapatnya replika sayur-sayuran dan buah-buahan yang melambangkan keutamaan Cameron Highland ini. 

Apa lagi, jom lah bergambar...=)




Di sini ada dobi layan diri yang murah...berdekatan dengan Sekolah Convent atas bukit. Di deretan kedai penghujung jalan...tersorok sikit...hehehe...





Kemudian, bersebelahan dobi ini ada kedai makan. Sarapan pagi di sini memang sedap, sebab roti canai nya lembut dan kuah nya juga memang menjilat jari lah. Patut cuba...

(*Update pada 15 Sept 2015 - penebar roti canai ini telah bertukar kepada wanita warga asing & mungkin pihak pengurusannya juga sudah di ambil alih, maka kami tidak mencuba untuk ke sini lagi.)






Ok lah, rasanya sampai di sini sahaja coretan yang ingin saya kongsikan...jumpa lagi =)










39 comments:

  1. Nak berkhemah tu nam kena col pejabat perhutanan ke

    ReplyDelete
  2. Nak berkhemah tu nam kena col pejabat perhutanan ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Puan, better call dahulu pejabat mereka terutama pada cuti sekolah sbb tkut tapak khemah penuh.

      Tapi klu puan nak pergi trus pn xpe sbb ada rumah renjer berdekatan dgn tapak khemah situ.

      Delete
  3. Tq for the info...sgt2 interesting....

    ReplyDelete
  4. Enter your comment...Khemah tu kita kena bawa sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Puan, khemah kena bwa sendiri tp kalau nak sewa mungkin boleh refer balek jabatan di situ ;)

      Delete
    2. Ye Puan, khemah kena bwa sendiri tp kalau nak sewa mungkin boleh refer balek jabatan di situ ;)

      Delete
  5. Assalamualaikum sis,cmne kita nak contacr dgn pjbt renjer hutan tu ye?sebab kami plan nak camping di sana hujung bulan 4 ni..risau tapak khemah penuh plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..

      Sis mgkin boleh google je Pejabat Perhutanan Daerah Raub/Cameron Highland, nanti orang di pejabat tu akan refer kpd renjer yg bertugas.

      Delete
  6. Akak nak tanya, dia bukak hari apa je? ataupun hari hari mmg bukak . Sbb plan nak pegi khamis sbb takut ramai org kalau weekend .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hari2 buka cuma if school holiday kena book jgk la sbb tkut tapak full. If weekend nk selamat call jgk la dlu, kot kot ada sekolah yg buat camp ke kan..tp insyallah tempat tetap ada ;)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. di sini ada disediakan kawasan utk memasak x? mcm boleh open fire for bbq. Dan bagaimana nk dpt bekalan air panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, ada tempat utk buat bbq siap dgn berbumbung lg hihi..tp sgla peralatan & arang mmg kena bawa sndri..air panas pn kena bawa cerek sndri masak..

      Delete
  8. Ada tak kawasan dimana kenderaan 4x4 blh parking tepi khemah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far from observation sy, kenderaan mmg xbley masuk ke kwsn tapak khemah tu..kenderaan parking di laluan masuk tapak khemah. Klu bas or lori rasanye park di kwsn jbtn perhutanan sbb lalu nk msuk ke kwsn tapak khemah tu mmg sempit,muat utk kenderaan kecil spt kereta n motor shj, van bley tp mmg sempit la.

      Delete
    2. So far from observation sy, kenderaan mmg xbley masuk ke kwsn tapak khemah tu..kenderaan parking di laluan masuk tapak khemah. Klu bas or lori rasanye park di kwsn jbtn perhutanan sbb lalu nk msuk ke kwsn tapak khemah tu mmg sempit,muat utk kenderaan kecil spt kereta n motor shj, van bley tp mmg sempit la.

      Delete
  9. Replies
    1. Dobi ni kat pekan berinchang..jalan menghala ke SK Convent atas bukit tu. Kedai dobi ni agak tersorok skit.

      Klu menghala ke SK Convent tu, bila nampak je wording SK convent atas bukit tu, dobi kt deret kedai yg last belah kiri, dobi tu di antara 2 kedai makan. Maksudnya tu deret kedai yg terakhir klu xsilap sy la di hujung pekan.

      Delete
  10. Assalam kawasan perkhemahan 2 di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama tempat ni Tapak Perkhemahan Sungai Pauh di kawasan Tanah Rata, tuan boleh search tengok..sgt menarik tmpat nya, ala ala overseas gitu =)

      Delete
  11. Hi, I am happy to get this vital information through your website. The things which we can not get on other sites its possible on your website that is why I like your

    posts and website.
    digital marketing services in delhi

    ReplyDelete
  12. Tevida guaranteed better results, such as a better sex life, intense orgasms and a more pleasurable sexual experience. The use of the power of nature has been going on for thousands of years. Man uses extracts
    https://www.supplementsforfitness.com/tevida/

    ReplyDelete
  13. This supplement is proven and well tested by the special experts and made from a certified company. You may attend be amazied by its Best results & Ingredients and operating process is thus incredible.Info About This Visit Here >> Supplement WebMd.

    https://www.supplementwebmd.com/

    https://www.supplementwebmd.com/biofluxe-keto/

    https://works.bepress.com/supplement-webmd/

    http://supplement-webmd.over-blog.com/

    ReplyDelete
  14. According to research instead of daily eating snacks (stuffed with
    carbohydrates) if you eat some almonds. So it will not only save from different
    types of heart diseases, Rather it’s also help to reducing the fats around the
    belly. This experiment has applied on those 52 persons, whom their cholesterol
    was increased.
    It is contained with the vitamin A and B besides it has oils and carbohydrates in it. It make the powerful nerves. According to nutrition specialist 100 grams nuts of almonds has a quantity of: Read more in the site....
    healthinformatics.care

    ReplyDelete
  15. InstaLean Forskolin These segments referenced above are broke down, so the chances of symptoms are less. Guarantee Your InstaLean Forskolin Offer Today! Preferred position Of SlimQuick Keto: Everyday use of"InstaLean Forskolin″ highlight fat expending pill can help you in raising various preferences like: Increases The Rate of Weight Loss: Consumption of the pill will put your body at the ketosis, this will permit your body in utilizing fat as a wellspring of vitality. This may provoke amplified fat incident. Upgrades Your Disposition:


    http://nutraslimdiet.com/instalean-forskolin/

    ReplyDelete
  16. Lipo Cla Avis
    Le problème pour l’obtention d’une silhouette parfaite est actuel, comme en témoigne l’intérêt porté à cette question dans différentes sources.
    https://care2fit.com/lipo-cla-avis/

    ReplyDelete
  17. Primarily based on those criteria, I would say Weight Loss passes. Something smells suspicious, do not you reckon? It works for higher or for worse. No matter what kind you have, you can learn to try to to it. TruBodX Keto That is the correct one. Executives can get convenience when it relates to Weight Loss. Weight Loss can be very lucrative if you know what to do. This can be what they don't tell you touching on Weight Loss. We'll additionally mention how you'll truly use Weight Loss and not even have to spend cash for Weight Loss.

    https://www.nutrifitweb.com/trubodx-keto/

    https://www.nutrifitweb.com/dynamic-keto/

    ReplyDelete

  18. aboutthemcat
    tages of Turn Fast Keto. In any container, supplies of this transition gardant enhancement are going excitable, so we inflict requesting rightmost now! You can depression any image on this industrialist and we'll orient you to a industrialist where you can commence with this liberal 100% all modal keto metric change aliment. What is Turn Quick Keto? Scraggy SlimQuick Keto Authorised is a 100% all characteristic and GMO-free weight change increment that is changing the weight reaction business. Their computer likewise says this fact is 100% clinically demonstrated, yet, they haven't surrendered connects to the clinical preliminaries, so we can't propose without a uncertainness how that ensure looks at! Be that as it may, they express this enhancement utilizes CLA, or United Linoleic Acid to uprise your body int CLICK for more info>>>http://aboutthemcat.org/slim-quick-keto/

    ReplyDelete
  19. I value the blog.Really looking forward to read more. Keep writing.
    Beauty + write for us"

    ReplyDelete
  20. The Path of Exile Currency revolves around a variety of spheres and reels. Each POE Currency provides specific functionality in the game, from project identification and portal creation to the creation and enhancement of character devices. So POE Currency is extremely important for Path of Exile. POE Currency can be found in monsters or boxes, purchased directly from various vendors in the town, or by trading a specific POE Items combination using a supplier recipe system. But most of the players are buying in the mall, I have been buying at POECurrency.com.

    POECurrency.com is the safest and most reliable exile trading store on the market. Their POE Items, POE Currency and uniquely come from legitimate channels, and try to reach the best deals with players around the world, whether you are playing on the PC, PS4 or Xbox One, you can quickly and safely Buy POE Currency of the current most popular league. Their website provides 24*7 online services via live chat, and any questions about POE currency and items can be contacted at any time with their customer service staff.

    ReplyDelete
  21. http://alphafemmeketo.shop/
    http://alphafemmeketo.shop/alpha-femme-keto-genix/
    https://youtu.be/buETzJg8eZo
    https://youtu.be/BhaKpBotuV4
    https://youtu.be/tL4iksUrrvM

    ReplyDelete

  22. This is the thing that you can anticipate from healthy skin. I chose to check skin health management out. There is no motivation behind why you were unable to

    bear the cost of a spic and span healthy skin. I'm introducing a glorious idea here. In case We're not content with it, healthy skin won't get utilized. In this way, similar to my partner said

    once, "Rome wasn't underlying a day." In the past I utilized healthy skin for instance.
    https://www.nutrahealthpro.com

    https://www.facebook.com/nutrahealthpro

    https://twitter.com/nutrahealthpro

    https://in.pinterest.com/nutrahealthpro1

    ReplyDelete
  23. Immediate Edge is one such completely mechanized online bitcoin exchanging programming, which is making loads of buzz among merchants.

    https://www.cryptoalertscam.com/immediate-edge/
    https://cryptoalertscam.medium.com/immediate-edge-reviews-the-2021-in-depth-scam-or-legit-cca3df3b449c
    https://www.webpressglobal.com/business/immediate-edge-reviews-is-it-a-scam-or-safe-to-use-warning/
    https://www.cryptoalertscam.com/big-money-rush/
    https://www.cryptoalertscam.com/bitqs-reviews/
    https://www.cryptoalertscam.com/bitcoin-supersplit/

    ReplyDelete
  24. On my first visit i really got surprised while stumbling upon these categories of blog reviews written here, i awaited a lot for this and now finally got the solution here only.
    Home Improvement "Write for us"

    ReplyDelete